PUNCA
Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan kembali parut yang telah pun kering’ dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman dan pengajaran kepada semua.
Antara Punca-punya konflik adalah :
1. PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP KEISTEMEWAAN ORANG MELAYU
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenar nya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina. Pendenya apa yang didakwa oleh orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata untuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasi orang-orang Cina di Tanah Melayu.
Berkutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti-parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah. Sebenarya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pillhanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang bolen membahayakan itu.
2. KETIDAKPUASAN EKONOMI DAN SOSIAL
Selepas kemerdekaan pada tahun 1957, terdapat jurang ketidakseimbangan
ekonomi antara kaum, terutama antara orang Melayu dan Cina. Kaum Cina secara umumnya lebih maju dalam sektor perniagaan dan ekonomi, manakala kaum Melayu, khususnya di luar bandar, ketinggalan dalam banyak aspek ekonomi. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu yang merasakan mereka dipinggirkan dari segi pembangunan dan kemakmuran ekonomi.
3. LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain mash segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
4. KETEGANGAN POLITIK
Ketegangan politik yang memuncak selepas Pilihan Raya Umum 1969
menjadi salah satu faktor utama. Dalam pilihan raya tersebut, parti pembangkang yang majoritinya diwakili oleh kaum Cina, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP)
dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), telah berjaya meraih kemenangan besar di beberapa kawasan, termasuk di Kuala Lumpur. Perarakan kemenangan yang dianjurkan oleh parti pembangkang dilihat sebagai satu provokasi kepada orang Melayu, terutama apabila disertai dengan slogan-slogan yang dianggap menghina dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Iza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa
13 Mei 1969.
Konflik sering berlaku apabila terdapat perebutan terhadap sumber alam seperti tanah, air, minyak, dan mineral. Ini terutama berlaku di kawasan yang mempunyai sumber yang terhad dan banyak pihak yang bergantung kepada sumber tersebut untuk kelangsungan hidup atau kemakmuran ekonomi.
No comments:
Post a Comment